Tulisan Gadis Bosan ❤: Warkah Buat Cinta Hati.

What's Up ♡
Punching Bag ♡

Warkah Buat Cinta Hati.




Ya Allah, semoga ibu dan ayahku sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Limpahkanlah rezeki yang halal buat mereka. Berikanlah nikmat kesihatan kepada mereka . Semoga rahmatMu menemani hari-hari mereka. Kau panjangkanlah usia mereka agar mereka dapat beramal kepadaMu. Ya Allah, kau curahkanlah kebahagiaan buat kedua ibu dan ayahku. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan yang tinggi dalam mendidik dan membimbing putera-puterinya menuju kebenaran abadi. Ya Allah, terimalah doaku ini dan kabulkanlah  harapan dan cita-citaku untuk selalu berbakti kepada kedua ibu dan ayahku.

Ya Allah, aku tahu Engkau amat mencintai kedua ibu dan ayahku sehingga engkau sering memberi ujian untuk ibuku agar dia tetap bertahan dan terus kuat di hadapan kami, anak-anaknya. Izinkan aku untuk selalu menjaga ibu dan ayahku serta membalas setiap perih , keluh kesahnya . Izinkan aku untuk menghapus air mata mereka dan selalu membuat mereka tersenyum bahagia. Ya Allah, aku berharap agar ibu menerima seluruh berkah dan rahmatMu. Berikanlah mereka kesihatan yang abadi agar mereka bisa merasakan nikmatmu. Pinjamkan mereka kesabaran yang utuh untuk mengharungi ujian meniti cintaMu. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka agar mereka dapat meraih apa yang mereka inginkan dengan mudah.

Ya Allah, lindungilah ibu dan ayahku di dalam lelaptidur mereka malam ini dan biarkan mereka terbangun dengan wajah yang cantik dan tenang keesokkannya, Iiringilah langkah mereka dengan Nur pencerah iman. Hindarilah mereka daripada keburukan. Tunjukkan mereka jalan yang lurus agar mereka senantiasa berada di jalanMu Ya Allah.

Ibu, kau lah wanita yang aku cintai seumur hidupku dengan sepenuh jiwa. Tiada kasih yang mampu menandingi kasih kita. Kau lah satu-satunya sandaranku. Di tanganmu aku dapat merasakan betapa bahagianya aku menjadi makhluk bumi. Betapa senangnya aku melihat kau tertawa lepas saat kau berada disisiku. Hanya kau lah satu-satunya insan yang ingin melihat aku bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih, ibu. Terima kasih kerana memberi pelindungan yang insan lain juga tidak mampu beri kepada diri ini. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih kerana tidak pernah menyerah dalam mendidik aku menjadi yang terbaik. Sesungguhnya, ucapan terima kasih ini tiada tandingannya dengan segala jasamu selama aku dibawah jagaanmu.

Ibu, berjuta kisah telah engkau ukir indah menyapa kehidupan yang terlalu singkat ini. Sungguh bermakna. Aku hanya mampu titipkan doa seikhlas hati buatmu agar kau terus kuat meniti hari yang mencabar.

Amiin amiinn amiinn.

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, dalam tak sedar, kita semua telah mendoakan buat ibubapa kita yang tercinta. Terkadang kita sering terlepas dalam mendoakan mereka di dalam sujud kita. Jarang sangat. Kalau nama pakwe, makwe , haa , satu jam pun tak habis kau doaa bagai. InshaAllah, semoga wujud sedikit kesedaran dalam diri kita. Buat diri ini dan buat semua muslimin. Kerana suatu hari nanti, kita mungkin bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya. Suatu hari nanti..... Aminn.....