Tulisan Gadis Bosan ❤: Titik.

What's Up ♡
Punching Bag ♡

Titik.


Ig : jfs.draw

Urusanku dengan kamu sudah selesai.
Memang sebuah ikatan yang tidak tuntas itu rasanya tidak enak.
Terbeban dengan perasaan sendiri.
Bimbang dengan keadaan yang jelas itu tidak nyaman.

Asal kau tahu,
Aku telah letakkan ego dibawah tapak kakiku paling bawah 
Kerana aku tahu,
Ego yang aku letak diatas kepalaku ini kelak
Tidak akan menyelesaikan apa apa
Dan kita juga sama sama tidak akan dewasa.

Tuhan pernah menciptakan satu silaturahim paling indah buat kita,
Dan sekarang aku cuma ingin ikhlaskan rasaku buatmu
Memulangkan kamu kembali pada semesta.
Sepertimana senyuman kali pertama yang kau ukir padaku. 

Dulu.