Tulisan Gadis Bosan ❤: # HIKING : Gunung Gap & Ulu Semangkok (GUS)

What's Up ♡
Punching Bag ♡

# HIKING : Gunung Gap & Ulu Semangkok (GUS)

GUS ni kira macam trans sebab naik 3 puncak, Gunung Gap,Gunung Ulu Tranum dengan Gunung Ulu Semangkok. Pace dia boleh tahan lah, moderate. 3jam untuk summit peak and 4jam turun sebab OT Bear dengan Apai tidur dekat Puncak Gunung Gap. Basically trip ni okay je untuk beginners. 

Trip kali ni aku join dengan group kpe.est2014 (boleh search dekat ig), join je group sesiapa. Tapi yang ni best sikit sebab dapat Gogo yang suka borak and sweeper yang suka layan teka teki. 

GUS ni kalau secara generalnya dia dekat Kuala Kubu Bharu. Tapi dah masuk sempadan Pahang dah. Bertolak dari Puchong (sebab carpool kereta Dayah) pukul 10malam sampai dekat Dataran KKB pukul 12malam. Jalan dia senang lah nak cari, kau waze je Dataran KKB. Start briefing pkul 1.30 pagi. Awal awal semua dah pewai sebab balik kerja terus gerak. Dari Dataran KKB nak ke starting point tu kena naik kereta and kalau boleh kurangkan jumlah kereta sebab parking dia limited and tepi jalan besar. Agak bahaya. Ambil masa 45minit juggaklah dari Dataran tu na ke starting point sebab jalan dia memang tak boleh bawak bincang. 

Start on trek pkul 3 pagi. Total line-up 37orang. Alhamdulillah lah tak hujan malam tu sebab aku paling menyampah kalau baru on trek dah hujan. Kalini load tak banyak just air 2litre (AND YANG MEMBANGGAKAN TURUN NAIK AKU MINUM 500ML SAHAJA, yang lebih tu buat ambil wuduk untuk solat Subuh kat puncak) Makanan bawa chocolate dengan air manis satu botol. Baru 40minit on trek Dayah dah buat drama nak turun and nak muntah. Tapi yelah sebab dia tak makan lagi dah masuk angin and dia yang drive sepanjang jalan berliku liku tu. Setelah beberapa scene sedih so berjaya summit Gunung Gap pkul 5 pagi. 

Nah belanja gambar Dayah sebab dia berjaya paksa diri. 

Dekat Gunung Gap rest dalam 15minit sementara tunggu sweeper sampai and sambung perjalanan pkul 5.15 pagi. Dari Gap nanti kau akan summit lagi satu peak. Puncak Ulu Tranum. Ambil masa dalam satu jam jugak lah. Kalau dah sampai Tranum, haa dah dekat lah nak sampai Ulu Semangkok.
Kalau taknak rasa lambat sangat nak sampai, kau cubalah nyanyi atau berborak. Nanti tau tau je dah sampai. Puncak Ulu Tranum ni macam check point je. Tak besar pun so kita orang takda berhenti rehat. Kita orang sampai Tranum pukul 6pagi macamtu.

Gambar ni diambil masa dah nak turun. Sebab tu dah terang

Lepas je dah sampai Tranum, kau akan bahagia je sebab lepastu kita trekking jeee. Turunnnnnnn je seronok eh ha nak turun nanti kau bayangkan azab dia nak panjat balik. Sepanjang trek tu memang landai je. Dari Tranum nak je Ulu Semangkok dalam 30minit je. Kau jalan je sampai nanti kau akan jumpa trek yang mencanak 90 degree untuk panjat atas. Kalau dah sampai situ, maknanya dah dekat. Sorry tak sempat nak ambil gambar sebab phone dalam bag.Nanti dah sampai atas, ada dua jalan. Ke kiri, ada pondok. Ke kanan, view. So,masa tu summit Ulu Semangkok pukul 6.30 pagi dan semua bersiap untuk solat subuh dulu. 
Ground tu Gogo bawak. Kalau korang plan nak solat atau tidur, jangan lupa bawak ground. Fly takyah bawak sebab dah ada. 

Lepas dah settle solat, boleh lah layan view. Kalau malam tu hujan, In shaa Allah view memang cantik sangat boleh lah dapat view awan karpet. Tapi malam tu memang tak hujan, so takda rezeki nak dapat view awan karpet.



Ada lah sikit awan karpet tapi jauh sikit
view ni pukul 7.15pagi



Eh eh


Tahniah semua line-up


Lasttttt, tengkiyu dekat hengkorang pat orang sebab 
buat aku terseksa kepala sakit macamtu


Kita orang start turun pkul 9.30pagi sebab nanti ada group lagi nak naik pulak. Ni je gambar yang ada sebab aku dah mengantuk sangat.





Oh ya kalau nak naik sini better pakai lah wind breaker sebab dari starting point dah start sejuk. Bila bercakap pun boleh keluar asap. And headlamp lampu kena terang standby bawa extra bateri tapi tak perlu seterang lampu dayah. Tu lampu dia bawak untuk orang pergi shooting. 

Lagi satu, ada yang tanya boleh ke kalau nak naik GUS ni takyah thru guider. 
Jawapan nya, boleh je. TAPI permit tu penting. Apa apa jadi nanti susah. At least kau ada permit, kalau nak gerak solo pun okay. Sebab trek GUS ni single trek. In Shaa Allah tak sesat. Kasut pulak make sure yang sesuai lah. Aku pakai sandal yang memang untuk hiking. Tapi trek dia banyak selut. I mean, banyak yang amat. So, kalau ada proper shoe lagi okay.

Kasut baru lagiiiii

Goodluck!

" Pendakian itu adalah satu perjalanan hati. "