Tulisan Gadis Bosan ❤: Wanita Teragung

What's Up ♡
Punching Bag ♡

Wanita Teragung



Ibu sayang,
Terima kasih untuk ruang nyaman pertama.
Saat udara belum kami rasakan.

Terima kasih untuk harapan yang ditanam saat kami hanya bisa menangis dalam pelukan.
Terima kasih untuk penguat saat kami ragu dipersimpangan.
Terima kasih untuk kebesaran hati saat kami tumbuh dan memiliki pemikiran yang tak selalu sejalan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Keberadaan ibu menyenangkan semua orang. Air muka tak pernah masam. Selalu senyum. Gambar atas tu berkerut sebab lighting on pointzzz gitchu. Orang paling sabar. Sikit sikit "takpelah, Allah kan ada" "sabar jelah qa". Tak pernah dengar suara ibu tinggi teriak panggil anak anak. Lembut je orangnya. Tapi kalau kena gigit sekejap pelempang sampai kat muka. Orang yang paling memahami. Dalam apa hal ibu takkan terus point kat sesiapa, selalu bagi peluang orang cerita sampai habis. Dan TAK PERNAH menangkan anak anak. Sebab? Dia lagi kenal anak anak dia macam mana. Orang yang penuh dengan nasihat. Jenis yang kalau kita buat salah memang akan tegur. TAK PERNAH CONDEM orang. Orang tak pandai masak? "Takpe ibu dulu pun tak pandai lepastu belajar terus pandai" Gemuk? "takpe gemuk gemuk pun kuat angkat ibu. Ibu orang paling hebat. Sanggup berhenti kerja sebab taknak orang jaga anak2 and nak jaga anak anak sendiri. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kita rapat. Semua rahsia aku, semua aku share. Takda sorok2. Masa duk belajar JB, jarang balik. Sebab minyak lagi dengan tol mahal. Setiap kali balik, ayah selalu mengalah tidur luar sebab kita akan conquer bilik tidur dengan ibu. Even dah kerja pun still tidur dengan ibu. Tempat paling nyaman. Satu satu nya orang yang ikhlas bagi pegang tangan masa tidur, satu-satunya orang duk gesek kaki kita malam malam. Dan satu satunya orang yang ikhlas sayang kita sepenuh hati. Orang yang tak pernah hina orang. Masa dulu miang nak kahwin umur 21 pun Ibu okay je. Siap suruh datang rumah. Kepada Anda (jika anda baca), rugi sangat menjadi seorang Anda sebab Ibu saya sangat sayang kan Anda dan selalu menangkan anda walaupun anda yang salah. Anda beruntung sebab sempat jumpa Ibu saya. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dan pada harini, 
Tiga tahun lepas. Aku kehilangan tempat bersandar. 
Banyak benda kan kita janji? Awak ingat tak awak janji apa? Awak nak sihat sebab nak pergi kubur nenek and nak pergi convo kita. 
Tapi Dia lagi tahu. 
Tiga tahun lepas, tak pernah terlintas akan hilang orang yang paling positif. Sebab kita yakin awak akan sihat macam dulu. 
5 bulan kita spent time lepak kat hospital sama sama. Dari Hospital Putrajaya > Hospital Selayang > Hospital Kuala Lumpur > Hospital Shah Alam. 
Banyak benda kita share. Gelak gelak, kena paksa makan ubat, borak borak dan sepanjang 5 bulan tu jugaklah kita tidur pegang tangan awak. Macam selalu. 
Ingat dulu awak tak bagi kita solat kat surau sebab takut? kita pulak suruh awak tenung tandas sebab penakut jugak. Ish, rindu. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perit nak teruskan hidup tanpa orang yang paling kita sayang. Sakit. Give up? Selalu. 
Orang selalu cakap " hilang mak je. Ayah still ada" "orang lain pun takda mak jugak tapi okay je"
Rasa kehilangan tu takkan sama. Semua orang lalui hidup yang berbeza. Jalan hidup yang berbeza. 
Aku bukan kehilangan mak, tapi hilang syurga. Satu satunya manusia dalam dunia ni yang boleh doakan kebaikan anak anak dan doa dia takda hijab. Satu satunya punya rezeki bertambah, hidup aman. Aku hilang benda tu. Dan paling penting aku hilang kawan baik. Dulu ibu selalu cakap, 
"Ibu doakan qa akan dapat jodoh yang baik, rezeki yang berkat, dan berjaya dunia akhirat" Sampai harini ingat ayat ni Ibu duk ulang setiap hari. Pernah tanya, kenapa dalam doa tu jodoh dulu? Ibu cakap, jodoh yang baik akan bawa kita semua berkumpul ramai ramai dekat sana...... In shaa Allah. 

Satu je nak cakap.
Rindu. 

15 Julai, 2020
Rabu.