Tulisan Gadis Bosan ❤
What's Up ♡
Your girl ♡

Yang Menyayangi-MU.





Bagaimana cara aku menyayangimu?
Dengan tidak mengizinkan mana-mana orang mempermainkan perasaanmu, mengambil hatimu dan meninggalkanmu berkali-kali tanpa kau sadar.

Bagaimana cara aku mencintaimu?
Dengan diam-diam mendoakan bahawa kita akan menyatu dalam cara yang paling sederhana tapi mencapai makna tertinggi dalam kehidupan, tanpa menuntut apa-apa, tanpa ingin memiliki apa-apa.

Bagaimana cara aku mempertahankanmu?
Dengan hanya tersenyum mendengarkan orang-orang bercerita tentang keburukanmu tanpa aku bertanyakan apakah benar kata-kata orang itu? Kerana selama kita bersama, aku tidak sekadar merasai denyutan nadimu, malah telah bermalam dihatimu. Cukup untuk aku mengenali kebaikanmu.

Bagaimana cara aku ikhlas mencintaimu? 
Dengan tidak menuntut dirimu menjadi siapa-siapa untuk dibalas dengan apa-apa.

Kerana hanya dicintaimu,
aku lebih mencintai diriku.

-untuk terus menjagamu.



March 3,2018.
1239am.

#1 Break-Up Story





Kerap sangat I heard about “break-up Story” from different person. But this kind of story win my heart untuk membongkarkan kisah dia. So, I would like to share with you. As for me, i heard tremendous story untuk kita semua take lesson and learn something.

Hazim (memang nama sebenar sebab nak dia viral satu Malaysia), jumpa dekat pedestrian walk sebab paper bag dia koyak. So sebab kesian kang kena langar dengan lori pasir ke kan, so I helped him out. Dari situlah we clicked right away. Taklah rapat sangat, tapi boleh lah digunakan kalau nak cari idea untuk photoshoot. Pernah jumpa his girlfriend twice je. Was soooooooooooooo pretty, so insekiyo. Sangat sangat baik, soft spoken, tapi tak get too closed sebab that time I banyak habiskan masa dengan Ibu dekat hospital.

Okay enough. Make it short.

Ajim: Aku dah breakup dengan dia.
ME: why ?
Ajim: I don’t know. She’s too perfect. Terlalu baik, too protective.
           Dia tu terlalu baik. Terlalu menjaga. Bila aku lapar, dia beriya masakkan bekal. Hantar kat                   rumah
ME: So, kau tinggalkan dia sebab dia terlalu baik? Dia jaga makan minum kau? Okay, then?
Ajim: Bila aku siapkan assignment sampai lewat malam, dia beriya nak teman sampai siap. Bila aku             ada futsal, dia sibuk nak ikut, nak support. Bila aku tengah jawab final, dia sibuk tunggu kat               luar.
ME: Kau tinggalkan dia sebab dia cuba ada dengan kau masa susah senang kau, kau tinggalkan dia             sebab dia jadi supportive girlfriend untuk kau? Okay, then?
Ajim: Mana aku nak pergi semua dia tanya. Semua kena inform. Buat apa. Keluar dengan siapa.                   Semua nak tanya.  itu annoying.
ME: kau tinggalkan dia just because she’s wanted to know where were you been? Okay, lepastu?
Ajim: Dia selalu merajuk lelebih kalau aku keluar dengan kawan perempuan yang lain. Kadang pergi tengok wayang je. Takpun makan makan. Overprotective lah.

Look, man.

            What can I say is, I don't found mana salah dia. WAIT. I'm not backup her sebab dia perempuan. Ask yourself. Kau nak perempuan yang macam mana? If you said, dia terlalu baik, kau nak yang jahat ke? 

            Kita ni kan , SUSAH sangat nak bersyukur. Bila dapat yang hitam, cakap nak yang putih. Bila dapat yang gemok, minta yang kurus. Ask yourself. Have you be the best for that person? Kalau kau dah perfect, then I’m okay kalau kau nak yang laaaaagi baik. Mungkin bosan kan dapat yang baik biasa-biasa ni ek? 

            Bila kita rasa give up dengan dia, bila rasa dah bosan dengan dia, Cuma kau duduk bertenang kejap, dan ingat balik. Dulu macam mana kau struggle nak kan dia. Kalau senang nak dapatkan dia, senang jugak nak lepaskan. And when somehow you found his/her flaws, duduk jap. Minum kopi dulu. Sambil sambil tu fikir. Kita ni pernah buat salah tak? Kadang kau lambat 1 jam pun dia tetap  tunggu dengan perut kosong semata nak makan sama sama. Bila kau Nampak kelemahan atau kesalahan dia, cubalah sedaya upaya gali kebaikan dia.

Kalau kita nak perempuan yang baik, perempuan pun nak lelaki yang baik.
Manusia ni kan sifat dia “win-win”.

Kalau kau nak perempuan yang jujur, kau dah jujur ke? Ke belakang dia kau tipu dia kau merokok juga walaupun dia cakap jangan. Adil?

Kalau kau nak perempuan yang tutup aurat, kau sendiri jaga tak mata seronok tengok perempuan lain masa dia tada. Adil?

Kalau kau nak perempuan yang sabar, kau sendiri boleh sabar tak kalau dia nak touch-up eye shadow kejap yang sebelah warna lain. Adil?


Everyone deserve kindness. Every kindness comes from your heart. Hargai semua orang yang kau sayang. Kita taktahu, boleh jadi ada 112646841 orang yang tengah tunggu saat kau lepaskan dia. 


FIKIR OK?

((ps:// i dah boleh jadi doktor cinta sebab 7/10 i dah berjaya selesaikan. Another 3 I suruh dorang break up je. 😂))